Friday, December 25, 2015

I love you, cikgu! Part 2

"huh penatnya", keluhku sambil melempar beg sekolahku ke atas katil. Terus aku baring. Tiba tiba..
" eh, amboi anak dara ni balik sekolah je terus tidur dgn tak mandinya.", kedengaran suara mamaku yg tercinta.
"Hehehe japgilah ma, penat tau."
"Penat sgt ke kat sekolah tu. bukan belajar pun kan?", soal mamaku.
"Mcm tahu tahu je xbelajar. Aah ma, cikgu tak masuk lagi", jawapku jujur.
"Firstday memang mcmtu. Anak kawan papa pun cakap td tak mengajar lagi. Dia pun guru jgk.. Err okaylah mama banyak lagi kerja nk kena buat.", jawap mama sambil berlalu pergi.
Anak kawan papa? Guru jugak? " eh ma siapa tu ma", soalku kepada mama yang kelibatnya hampir hilang. Sunyi. Soalanku tidak dijawap. Mama ni buat suspen je. Siapa la agaknya. Hati ku berkata kata. Ahh! Buat apa pusing2 fikir benda tu. baik aku mandi pastu makan.
        " Idz berbual dgn anak pakcik. Ya Sara la namanya. Ye ye betulah tu orangnya. Dia mmg budak sains.." , kedengan perbualan papa di telefon. Seperti papa sedang telefon seseorang. Siapa tu? Kenapa nama nya sama dgn cikgu baru lelaki yg kat sekolah tu. berbual dengan aku?.. Sah!! Cikgu Idz la yang papa sedang call. Tapi mcm mana dia kenal cikgu Idz tu? Entah entah dyelah anak kawan papa yang mama cakapkan td. Ya Allah! Kebetulan apakah ini?
        "Sara! Buatkan air ada tetamu datang ni.", suara mama dari ruang tamu memanggilku. Aduhh siapa pula datang malam malam ni. Kacau je orang nak baca buku. Tanpa berlengah aku terus capai tudung dan kedapur untuk membancuh teh untuk dihidang pada tetamu. Aku masih tidak nampak siap tetamu nya kerana ruang tamu rumahku agak terlindung dari bilikku. Apabila air teh panas sudah siap dibancuh. Aku pun menuju ke ruang tamu. Ya Allah?! " cikgu Idz?!", jeritku perlahan. Sambil meletakkan air teh panas ke atas meja.
" ya, saya", jawap cikgu Idz sambil tersenyum. Aduh apa pula hajat dia datang ke rumah aku malam malam ni? Nasib aku pakai tudung kalau tak segan aku. Sebab selalu nya aku agak malas untuk mencapai tudung bila tetamu datang. Sebab selalunya yang datang kawan kerja papa yang tua tua takpun saudara mara, takdelah malu sangat.
" eh jemputlah minum Idz. Ha kenalkan anak pakcik Sara, eh lupa dah kenal", gurau papa.
Aku hanya memerhati Idz yang tersenyum. Ish!
" okaylah pa ma cikgu Idz, Sara masuk bilik dulu nak baca buku." , ujarku. Segan. Malu .
Papa mama dan Cikgu Idz hanya tersenyum dan mengangguk. Sedang aku menuju kebilik kedengaran rancak sekali mereka berbual. Apa yang mereka bualkan? Pasal aku ke? Ish takla mcm kau tu artis je Sara sampai topik kau yg dyeorg nak bualkan. Ish! Tapi aku masih nak tahu. Dengan perlahan aku berjalan ke satu sudut untuk mendengar perbualan mereka. Aku bawa buku ku sekali agak tiada siapa2 syak jika ternampakku begini. Sedang asyik memasang telinga. " ha! Akak buat apa tu?", tegur adikku yang amat suka mengusikku.
" er tengah baca buku ni", jawapku pantas.
" eleh selalunya akak baca kat bilik . Ni kenapa kat sini. Tak pernah pernah dibuat akak", soal adikku. Curiga betul dia terhadapku.
" kat bilik panas, saja sesekali keluar skjp tak adalah bahang sgt. Xboleh ke? Dah pergi bilik sana buat homewrok sebok je", marahku. Sibuk betul . Terlepas aku mendengar perbualan mereka.
" yela yela", adikku menjawab sambil berlalu ke biliknya. Fuhh lega.. Apalagi, aku pun pasang telinga.
"Kalau boleh tunggu Sara habiskan SPM dia. Lepastu buatla apa yang patut." Suara papa.
Wait wait... Apa ni. Tunggu lepas aku habis SPM. Buat apa yang patut? Apa yang patutnya? Takkan cikgu Idz nak suggest tempat aku belajar nanti kot? Eh impossible. Tapi tak mustahil jgk yelah dia kan cikgu mesti dia tahu tempat tempat begitu yg bagus.
Kedengaran suara gelak cikgu Idz. ambui gembira nampak. Ish tak boleh jadi ni. Aku harus tahu cerita sebenar.
"Saya tak kisah pakcik bila pun. Tapi lagi awal lagi bagus boleh saya mendidik Sara . Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya", suara cikgu Idz. Ish dyeorg ni nak berkias kias pulak. Cakap straight to thr point kan senang. " alhamdulillah pakcik harap Idz dapat menerima Sara sebagai isteri seadanya. Didik la dia dengan agama dan kasih sayang. Sara tu muda lagi memang tak dinafikan dia tak arif sangat dalam hal hal dapur dan rumah tangga. Harap Idz sudi mengajarnya dan memberi masa untuk Sara belajar", kata papa panjang sekali.
Seriously?! Cikgu Idz nak jdikan aku isteri dia?! Pengsan.... Tak mungkin tak mungkin. Takkan dia baru kenal aku dah nak jadikan isteri? Aku kan muda lagi? Alamakk aku tak ready lah. Dye ni biar betul buang tebiat ke?
      " okaylah pakcik Idz balik dulu, dah malam ni kang mengganggu pakcik sekeluarga pulak"
Suara Idz . Rasanya dia hendak pulang.
" eh takla ganggu. Lagipun kita kan nak jadi satu keluarga", kata papa.
Sah!! Memang papa nak satukan aku dengan cikgu Idz.
" baiklah, assalamuaalaikum"
"Waalaikumsalam" . Kedengaran enjin kereta cikgu Idz , mesti dia sudah keluar. Ah lega. Aku harus tanya ibu bapa aku. Eh? Kalau salah dengar macam mana? Hmm tak pelah, biar mereka dulu memulakan topik.
        Dengan perasaan sangsi aku pun menuju ke bilik. Tak boleh tidur aku satu malam. Mana nya boleh tidur kalau kepala penuh tanda tanya. Takut. Risau pun ada. Campur baur perasaanku. Kenapa harus aku? Aku muda lagi. Jauh lagi perjalanan aku. 'Eleh kau sebenarnya suka dekat cikgu Idz kan?'
' ish mana boleh. Dia tu kan cikgu kau' . Aku bermonolog sendiri. Ish! Boleh gila kalau tiap hari begini. Sudahlah. Aku terus menutup lampu dan masuk tidur. Kalau mahu difikirkan sampai esok pun tidak habis.
       
P/s: sambung lagi part 3 japgi ye! Jangan tak sambung baca hehehe



No comments:

Post a Comment

comment jom!