"Bluek!!!". Argh loyanya tekak aku. Tak henti henti muntah je. Idz yang sedang asyik berbaring di atas katil terus menuju ke arahku. " sayang, are you okay?", soalnya cemas. " okay, alah biasalah orang pregnant memang macam ni", ujarku benar. Idz masih kelihatan risau. " alah kesian sayang muntah muntah macam ni. ", katanya. Dia terus meletakkan telinga di perutku yang sudah agak besar. "Baby nakal nakal ea? Kesian mama muntah muntah tau. Tak mau nakal nakal", gurau Idz. Ceh, aku rasa dia yang nakal. "Eleh, bukan abang ke yang nakal ni?", ujarku sambil jeling manja kearahnya. " eh, abang nakal takpe hehe", katanya. Ada ada saja suamiku. Sehari tanpa gurauannya mesti sunyi. Dialah penghibur hatiku.
3 bulan kemudian, sarat sungguh perutku. Hanya tinggal beberapa hari saja aku mahu melahirkan. "Abang, sayang takutlah", ujarku manja. Idz mengusap kepalaku. "Abang kan ada. Abang akan sentiasa disisi sayang saat sayang perlukan abang", ucapnya yang manis. Aku hanya tersenyum. Beruntung aku dapat suami sepertinya. Terima kasih Ya Allah.
Kini aku sudah berada bilik bersalin. Idz sudah mengenggam tanganku dengan keadaan risau dan cemas. Aku hanya bersalawat saja didalam hati. Ini lah saat yang paling ku risau, saat bertarung nyawa untuk anak kecil yang bakal lahir. Buah hati kami sebagai tanda cinta kami berdua.
"Alhamdulillah selamat, tahniah bayi lelaki", kata dokter perempuan yang membantu aku melahirkan bayi. Idz terkumat kamit mulut mengucap syukur alhamdulillah. Terus Idz mengazankan cahaya mata kami dan berdoa agar menjadi anak yang soleh dan baik kelak. Syukur tuhan masih memberi kesempatan kepadaku untuk hidup di dunia ini.
3 tahun kemudian...
"Papa! Mama! Sinilah main dengan Nazim! Bosanlah main sorang sorang". Dari jauh sudah kulihat sang kecil yang baru berusia 3 tahun melambai lambai kearah kami untuk mengajak bermain bersama. Aku bersama Idz yang sedang duduk di atas pasir pantai ini terus menuju ke arah Nazim yang tidak jauh dari tempat kami. "Nazim buat apa ni sayang?", soal Idz kepada Nazim cahaya mata kami. "Nazim tengah buat istana pasir untuk Papa dengan Mama lah", katanya walaupun masih pelat sedikit. " alololo baiknya anak papa ni".
"Alah Nazim sorang jeke abang panggil 'sayang'?", merajukku manja. Idz hanya tertawa melihat perangaiku seakan budak budak.
"Alah sayang ni dah jadi mak orang pun manja lagi tau", usik Idz sambil mencium pipiku. Aku hanya tersenyum dan membalasnya juga satu ciuman si pipi. Sementara Nazim masih bermain pasir, aku dan Idz duduk di tepi pantai sambil berpelukan. "Thanks sayang sebab buat abang bahagia. Cinta abang untuk sayang sorang je", Idz mulakan bicara. Aku juga turut tersenyum. "Thanks juga dekat abang sebab terima saya seadanya. Cinta saya pun untuk abang sorang je. Hehe I love you cikgu!". "I love you too Sara", balas Idz suami tercinta. Lalu kami pun berpelukan tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Biarlah janji kami bahagia dan sudah halal. Terima kasih ya Allah kerana memberi kebahagian kepada kami hambamu.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment
comment jom!