Sunday, December 27, 2015

I love you, Cikgu! Part 7

Aku terjaga dari tidur. Aku lihat jam baru pukul 4 pagi. Macam manalah boleh tersadar awal sebegini. Kulihat suami tercinta di sebelah sedang nyenyak ketiduran. Ku tatap wajahnya, bahagianya aku. Tenang sekali raut mukanya. Aku bangun dari tirai katil dengan perlahan takut takut Idz terbangun dari tidur.
 'Ting ting!' Bunyi telefon Idz berdering . Seperti ada sms masuk. Siapa pula sms dia pagi pagi ni? Aku abaikan sahaja . Mungkin Maxis. Selang beberapa minit, ' ting ting!' . Aik? Siapa meseg dia ni? Aku terasa ingin tahu. Aku gapai telefonnya yang berada disebelahnya. Tidur pun telefon letak sebelah. Hai la Suami... Aku check telefonnya dan aku dapati ada seorang perempuan sms suamiku.
Zira? Siapa pulak dia ni? kekasih Idz ke? Tak mungkin Idz sudah menjadi suamiku. Masa dia ada kekasih lain.

Zira: sampai hati you kahwin dengan orang lain. Habis i ni siapa?! Tunggul ke ?! I sayang you macam ni you buat dekat i?!

Ya Allah. Betullah sangkaan aku. Memang dia ni kekasih Idz. Kenapa Idz rahsiakan hal ini daripada aku? Kenapa Idz sanggup curang dibelakang aku. Aku ambil telefon aku lalu aku screenshot sms Zira itu sebagai bukti. Lalu aku biarkan sahaja sms itu terbuka.

Waktu solat subuh sudah mula. Ku ambil wuduk. Ku tunaikan solat subuh . Ya Allab tenangkanlah hatiku.berikan lah aku petunjuk atas semua yang terjadi ini ya Allah. Kenapa disaat cinta mulai berputik berbagai ujian datang kepadaku ya Allah? Berikanlah aku kekuatan untuk tempuih segala ujian ini.
        Selesai habis solat, Idz telah pun bangun dari tidur. Sedang dia menggosok matanya dia bertanya kepadaku " waktu solat subuh dah habis ke sayang?", soalnya lembut. Ah sudah ini semua mainan kau! Lelaki semua sama.
Lembut lidah manis madah!. "Belum", jawapku sepatah dengan nada marah. Biar dia sedar. Idz hanya tersenyum dan terus pergi ke bilik air untuk wuduk menunaikan solat subuh. Aku hanya memerhati langkahnya, aku berniat untuk menanyakan siapa Zira ini lepas dia selesai solat. Aku ingin minta penjelasan.
       Tanpa buang masa aku terus mengambil bukti yang aku simpan semalam dan tunjuk ke arah Idz. "Zira ni siapa?", soalku nada marah.
"Bila dia sms abg ni syg?", soalnya dengan muka tidak bersalah.
"Don't call me sayang if u have another girl behind me!!"
"What do u mean syg? I didnt do it. I swear dear. Syg dengar sini", tangannya memegang bahuku untuk aku melihat ke arahnya.
"Dengar apa? Kalau ada betina lain ngaku jelah. Yes i know saya ni budak lagi tak matang tak reti masak semua tak perfect! Dan betina ni perfect kat mata abang kan?! Fine! Pergilah dekat betina ni. Abang lepaskan saya je!". Sakit hati ini tuhan sahaja yang tahu. Kenapa aku tidak pernah bahagia? Kenapa harus ada saja halangan.
"Sayang please abg boleh explain semua ni dekat sayang please trust me. Abg cinta syg sorang saje", Idz memujukku. Tapi kau gagal! Aku takkan percaya kau! Dasar lelaki mulut manis.
Aku terus menuju keluar dari bilik itu dan turun kebawah. Mama papa sepertinya sudah menunggu untuk sarapan. Aku hanya duduk dan mendiamkan diri.
"Whats wrong ni Sara? Ada masalah ke?", soal mama kepadaku. Seakan dia tahu bahwa memang aku ada masalah. " its okay", jawapku. Sandwich yang ku makan tidak habis dijamah olehku. Hilang selera aku pagi2. Aku berani kan diri naik ke atas dan bersiap untuk ke sekolah. Idz masih duduk di atas katil sambil mengurut keningnya . Dah buat salah tak nak ngaku!.
"Sayang please dengar apa yang abang nak explain", Idz masih memujukku. Namun aku tetap keras hati.
"Boleh tak ketepi? Aku nak bersiap pergi sekolah", jawapku kasar. Idz seakan terkejut mendengar aku bahasakan diriku 'aku'. Ini kali pertama aku bersikap sebegini terhadapnya. Tapi jika nak dibandingkan dengan apa yang dia lakukan terhadapku. Mati hidup balik pun takkan hilang sakitnya. Idz hanya akur dan diam diri.
      Selepas aku siap berbaju kurung ke sekolah,  Idz baru tergesa-gesa mencari baju. Dengan pantas aku turun kebawah dan minta papa hantarku ke sekolah. Aku tidak mahu menaiki kereta bersama Idz. Benciku terhadapnya meluak luak.
" papa can you send me to the school?", soalku. Dalam hati aku berharap papa setuju.
"Eh Idz mana? Kamu kan saing dia sekarang", tanya papa hairan.
" eh tak tak dia kata dia datang sekolah lambat so minta papa hantarkan Sara", bohongku. Niatku agar papa percaya dan terus start enjin hantarku. Akhirnya papa mengangguk setuju. Nasib baik! Padan muka kau Idz baru kau rasa.
     Apabila sampai ke perkarangan sekolah. Tiba tiba aku terima satu sms. Aku bukak dan aku dapati Idz yang mesegku.

Idz: sayang kenapa tak naik abang? Sayang masih marah? Hmm Okla jumpa di sekolah bye tc love you.

Aku hanya membiarkan sms nya tidak terbalas. Nak jumpa kat sekolah? No way aku takkan biarkan.

Aku menuju ke dewan sambil memikirkan hal ini. Sungguh sakit hatiku bila mengenangkan apa yang terjadi semalam. Orang yang ku sangka baik rupanya buaya di belakangku! Kulepaskan tumbukkan ke dinding sekolah itu. Biar puas. Tiba tiba aku ditegur oleh kawan kawanku. " hai Sara!", tegur  ketiga tiga kawanku yang memecah kesunyian. " hai", aku hanya tersenyum. Fitri hanya membuat muka hairan.
"Kau ada masalahkan Sara?", soal Fitri seperti dapat mengetahui apa yang aku fikirkan.
"No takda. Im okay. Eh jumla duduk ", jawabku ringkas dengan segera duduk di lantai dewan itu. Ku lihat sekeliling dewan itu untuk mencari kelibat Idz tapi tak jumpa. Mana pula dia ni? Tak datang ke? Lewat sikit kot. Ah buat apa fikir fasal dia. Dia dah sakitkan hati kau Sara. Aku bermonolog sendiri.
     Tiba tiba Idz muncul dari belakang dewan dan terus duduk di sebelah pentas tempat guru guru berkumpul. Kelam kabut riak mukanya. Aku terus berpaling ke arah pentas . Kelihatan guru sedang menyampaikan ucapan. Entah apa yang disampaikannya. Fikiranku bercelaru sampai aku tak dengar apa yang guru sampaikan. Ah biarlah. Kuteruskan lamunanku. Guru sudah pun arahkan murid murid untuk masuk ke kelas. Aku dan kawan kawanku terus ambil beg dan masuk ke kelas 5 st.
"Goodmorning class".eh seperti aku kenal sekali suara itu . Sah! Itu suara Idz. Kelas subjek sudah mula. Sedang Idz mengajar, aku hanya melukis di buku ku. Entah apa yang aku lukiskan semua berdasarkan perasaan aku sekarang. "Excuse me", Idz menegurku. Apa lagi ni, dah tahu yang dia buat hal, lagi nk excuse me excuse me esh bencinya aku.
Aku hanya mendongak ke arah Idz. "Boleh fokus kat kelas saya Sara?", ujarnya. Aku hanya mengangguk tapi dalam hati aku sumpah serana!.  Arisya dihadapanku hanya memandangku. " eh Sara kenapa dia asyik target kau je? Korang ada apa apa ke?", soal Arisya seakan curiga dan mengesyak sesuatu atas keprihatinan Idz .
"Eh takdelah. Aku yang tak fokus kelas dia. Korang kan fokus tu yang dia target aku je", bohongku. Harap harap Arisya tidak soalku lagi. " ohh  ye tak ye ", balas Arisya seakan sudah mengerti kenapa Idz selalu menegurku.
       Idz sudahpun berhenti mengajar dan menyuruh murid melakukan tugasannya. Sedang aku menanya Fitri akan tugasan yang diberi Idz, aku merasakan ada orang yang memerhatikanku. Aku naikkan kepala . Huh! Apa yang si buaya tu pandang2 aku. Dia hanya memandangku dengan riak muka sedih. Ah pura pura jetu. Aku benci Idz!. Tanpa hiraukan pandangan Idz aku terus sambung lakukan tugasan Idz. Kang tak buat kena tegur pula.
          Waktu pulang sudah pun tiba. Dengan pantas aku keluar dari bilik darjah.  Dari belakang aku dengar orang memanggil namaku. " Sara! Sara! Sayang tunggu!", Idz memanggilku sambil berlari ke arahku. " jum balik dengan abang", pelawanya. "Sokay orang naik bas", balasku dengan nada tidak senang akan pelawanya. " kalau sayang tak nak naik abang, abang bagitahu kawan kawan sayang fasal ni nak?",ugut lembutnya. Ah dah pandai ugut ugut aku dia ni.

No comments:

Post a Comment

comment jom!