Friday, December 25, 2015

I love you, cikgu! Part 5

"Sayang, bangun dah subuh . Jom solat nanti habis pulak waktu.". Aku dikejutkan oleh suara yang amat aku benci. Cikgu idz.
" hmm ok", balasku pendek.
"Ni kenapa payah nak bangun? Idz kata dia dah kejut Sara banyak kali taknak bangun2. Apa nak jadila kamu ni", tiba tiba mama bebel kepadaku. Eh betul ke dia dah kejut aku banyak kali? Entah entah saja nak kenakan aku. Kalau betul pun tak payah la ngadu dgn mama tak pasal2 kena ceramah free. Aku hanya menjeling ke arah cikgu Idz. Siaplah kau.
      " dah siap belum? Abg hantar pergi sekolah", soal cikgu Idz.
"Sabarlah baru pukul berapa orang baru nak pakai tudung ni", aku mendengus.
"Okay pukul 7:00 keluar k, abg tunggu kat luar", ringkas jawapnya. Hmm semak la dia ni. Tak sabar sabar nak datang sekolah. Padahal cikgu boleh datang  lambat sikit.
" eh dah dah stop sini je!".
"Kenapa pulak? Abang turunkan syg sampai dalam sekolah la?",soalnya sambil mengerutkan kening.
"No tak boleh! What if kawan kawan nampak saya naik dgn cikgu? Kantoilah!", marahku.
"Syg tak bagitahu dyeorg ke!", soalnya agak kecewa.
"Esh dahlah tak payah panggil sayang dekat sekolah. Hah! Dekat rumah pun. Menyampah". Aku terus capai beg dan keluar dari kereta itu. Takut juga kalau kawan kawanku nampak. Erm serbasalah pulak aku tak bagitahu kawan kawan aku fasal ni. Tapi aku tak sedia lagi nak bagitahu semua ni. Sebab semua ni mmg tak masuk dek akal! Argh!
       "Hai korang", sapaku kepada Arisya , Amira dan Fitri. Mereka kelihatan pelik dengan reaksi muka aku yang agak tidak ceria. Namun mmg aku tak boleh sembunyikan semua tu. sakit hati!. " kau ni kenapa Sara muka mcm kelat je", soal Arisya. "Takde pape lah, aku cuma senggugut je", bohongku. Padahal aku tidak senggugut langsung sdgkan periodku lama lagi. "Ah okaylah jom pergi dewan", ajak Fitri. Fuh nasib baik Fitri tukar topik. Kalau tak naya aku nak jawab soalan dyeorg . Dyeorg ni dahla macam ahli nujum. Semua tahu.
       "Weyh korang! Nak tahu tak, td aku pergi bilik guru selisih dengan cikgu Idzham tu. kau nak tahu... Aku bagi salam kat dia, dia jawab acuh tak acuh je , muka mcm ada masalah", Arisya memulakan topik perbualan. Ish apa masalahlah si Arisya ni, busybody betul! Aku hanya memerhati perbualan mereka.
"Tulah aku perasan juga cuma malas nk cakap", Amirah celah. "Agaknya dia gaduh ngn isteri dia kot!", Arisya mengagak. Aduh ...
" ish dia single lagi okay! Takpun gaduh dengan awek dia kot", selongkah Amira.
"Ish dah dah, korang ni sibuk je fasal dia. Biarlah dia nak buat muka ada masalah ke ada udang disebalik batu ke", celahku.
"Eh kau ni macam tak suka dia je?", curiga Arisya.
" eh mana ada,aku cuma taknak dapat dosa free mengumpat okay, kot kot kalau benda yang korang citer tu tak betul? Kan dah jadi fitnah.", jawapan bijak aku bagi.
"Haa betul jugak tu. kita datang sekolah nak belajar bukan nk dapat dosa free ngumpat", Fitri mencelah. Arisya dan Amira hanya mengangguk tanda setuju. Aku terus toleh kehadapan kerana guru matematik sudah masuk. Nasib harini tak ada subjek english kalau tak malu la aku nak berhadapan dengan dia. Dahlah semalam dan tadi aku tengking dia. Nak kata bersalah tu memang tak ada sebab dia yang muncul dalam hidup aku secaea tiba tiba. Ergh!!
      " eh Sara bangun!", suara Fitri mengejutku.
"Ya Allah aku tertidur ke? Kenape tak kejut?".
"Dah kejut lah ni dah jom pergi rehat", ajak Fitri. " okay2", balasku. Aku dan Fitri terus menuju ke kantin. Dalam perjalanan ke kantin, aku berselisih dengan cikgu Idz. Betul lah kata Arisya dan Amira. Dari wajah cikgu Idz dah agak yang memang dia ada masalah. Eh kau ni! Kalau dia ada masalah, masalah tu dtg dari kau jugak. Mana taknya, malam siang kau tengking dia. Dah dia memang salah. Ish dahlah! Pening ni la padahnya kahwin paksa. Dahla spm belum lepas, aritu kata lepas SPM ni?! Ergh benci. " Sara kau nak makan apa aku belikan?", tiba tiba suara Fitri menyerpa aku. " ermm aku nak makan sosej jelah beli 4 nak rm2", suruh aku.
       Lonceng sudah berbunyi. Waktu persekolahan sudah pun tamat. Aku mencari kelibat kereta cikgu Idz. Mana pula dia ni? Dia mak ambil aku ke tak ni? Dah 10 minit berlalu. Ah lambat. Aku naik bas sajelah. Naseb ada lagi sisa duit. Pokai! . Tetibe aku dapat sms.
"Sayang kat mana?"
"Orang dah balik dah. Dahla lambat!"
"Abang minta maaf td abg ada mesyuarat lambat sikit habis."
"Its okay nak sampai rumah dah. Bye"
"Bye"
Geramnya!! Tak ada rasa bersalah langsung ke?. Ingat aku ni tak ada perasaan ke. Lepas ni memang takla aku nak pergi balik ke sekolah naik dia. Baik naik papa.

No comments:

Post a Comment

comment jom!