Sunday, December 27, 2015

I love you, cikgu! Part 8

"Bagitahulah kalau berani, abang dah buat salah lepastu nak ugut ugut saya ke? Sedar diri la", ujarkan dan terus berlalu tanpa memikirKannya yang sedang menungguku di belakang. Idz hanya mengeluh dan teruskan perjalanannya. 'Apa salahku terhadapnya isteriku ya Allah. Semua ini hanya salah faham. Aku harap, aku dapat menerangkan perkara sebenar sebelum hatinya tawar kepadaku'.Bisik hati Idz.
        Hampir 10 minit aku tunggu ni depan sekolah bertemankan  Amira dan Fitri. "Eh? Arisya mana", soalku kepada Amira dan Fitri.
"Tak tahulah, aku rasa tadi dia pergi tandas. ", ujar Amira. Amira pasti tahu kemana dia pergi kerana Arisya agak ngam dengan Amira berbanding Fitri. Sedang berbual bersama mereka, tiba tiba Arisya datang. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Dari riak mukanya aku yakin ada sesuatu yang dia tidak puas hati. Aku beranikan diri untuk tanya kepadanya "kau ni kenapa Arisya? ", soalku. Arisya memandangku dengan muka marah. Seolah aku ada membuat kesalahan terhadapnya. Terus dia memulakan bicara. "Sampai hati kau tipu kiteorg kan, kiteorg ni bagi kau siapa? Kawan ke tunggul?", marah Arisya. Aku bingung. Apa yang Arisya maksudkan?.
"Aku tak fahamlah, cakaplah betul betul Arisya", tanyaku lagi. Arisya sudah buat muka meluat terhadapku dan menarik tangan Amira untuk pergi bersamanya. "Dah Kalian semua jangan kawan dengan orang pembohong macam dia ni! Tak layak kawan dengan kita", jawap Arisya dengan nada marah. Fitri pun mencelah kerana dia merasa aku tidak salah.
"Apa ni Arisya. Tak baiklah. Cuba cakap terus terang.", ujar Fitri. Arisya hanya menggeleng kepala. "Korang nak tahu? Sebenarnya dia ni dah couple dengan cikgu Idz! Aku dengar masa aku pulang dari tandas Cikgu Idz panggil dia sayang siap bergaduh ajak balik.", jelas Arisya. Ya Allah. Semuanya terbongkar. Haruskan aku terus terang terhadap mereka?.
"Betul ke ni Sara?", soal Amira dan Fitri dengan muka agak kecewa padaku. "Wait, we are not couple, kiteorg dah kahwin. Benda ni memang aku tak rancang", balasku. "Dahlah, malas aku. ", hasutan Arisya untuk membuatkan Amira dan Fitri tinggalkanku. "Wait, tapi kenapa kau tak bagitahu kiteorg?", soal Fitri kepadaku. Amira dan Arisya hanya mengangguk. "Aku cari masa yang sesuai je. Tapi disebabkan korang dah tahu. So aku cakap jelh sekarang", balasku jujur. Aku menangis apabila kawanku membenciku. Fitri datang padaku dan memelukku untuk menenangkanku. Sementara Amira dan Arisya masih marahkanku dan terus berlalu pergi. "Takpe Sara, aku faham. Semua ni kau tak rancang kan? Aku ada. Biarlah Amira dan Arisya tu nak terus menghukum kau. Aku ada, aku ada kat sini.", pujuk Fitri kepadaku. Memang benar, Fitri amat memahamiku. Namun bila memikirkan Arisya dan Amira yang amat marah padaku. Sedih sungguh. Air takungan mata ku kini tidak tertahan. Mengalirlah air mata suci ini. Kerana menahan kesedihan yang tiada siapa dapat faham. Kenapa ujian ini semua datang serentak ya Allah?. Aku tidak kuat hadapi semua ini.
         Kulihat bas sudah sampai di depan bustop sekolahku. Terus kucapai beg dan masuk ke dalamnya. Fikiranku bercalaru. ' aku tak boleh balik rumah, kalau mama papa nampak muka aku macam ni. Apa jawapan aku nak bagi? Eh tak boleh tak boleh aku kena pergi tempat lain dulu', bisik hatiku.
      Bas berhenti di taman rekreasi. Aku terus turun dari bas. Besar juga taman ni. Sesuai untuk aku tenangkan fikiran yang serabut. Ah! Ni semua sebab kahwin muda. Kahwin dengan cikgu pulak tu? Bukan dia fikir pasal aku, dia dengan kehidupan dia je. Selfish!. Apalah aku ni. Dari tadi asyik fikir fasal dia. Power dia ni sampai boleh masuk dalam kepala aku tiap masa.
      Sedang aku berjalan sekeliling taman rekreasi yang besar itu, aku ternampak seperti kawan Idz yang memujiku pada hari pernikahan aku dan Idz. 'Ya dia! Benar. Aku terus pergi ke arahnya. Aku ingin menanyakan dia tentang Zira. Mana tahu dia kenal?'.
"Hai! Hai! ", jeritku sambil melambain tangan agar dia perasan. Dia terus toleh ke arahku. Riak mukanya seakan tidak terlalu cam aku.
"Eh saya lah, isteri Idz. Ingat?", ujarku kepada rakannya agar dia dapat mengenaliku.
"Oh ya! Sara kan?! Isteri dia yang muda cantik tu hahaha", jawapnya. Dia sudah dapat mengingati ku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. "Sara buat apa kat sini? Dengan baju sekolahnya. Idz mana?", soalnya lagi padaku. Aduh tanya Idz lagi. "err dia tak ada dengan saya dia dye ada hal kat office sekolah haa!", bohongku.
"Ohh, ada apa ye awak nak jumpa saya".
"Ha! Awak kawan baik Idz kan?".
"Ya memang, sebab saya satu U dengan dia dulu. So memang agak akrab hubungan kami", ujarnya.
"Ohh kalau macamtu boleh kita duduk sekejap? Saya ada hal penting nak tanya dekat awak", ujarku sambil melabuh punggung di kerusi yang disedikan di sekeliling taman rekreasi itu. " oh ya boleh saya tanya nama awak sebelum saya mulakan bicara?", tanyaku kepada sahabat Idz.
"Nama saya Syed Izmir. Panggil Syed je.", jawabnya.
"Okay Syed, saya tahu awak rapat dengan dia. Saya nak tanya, awak kenal Zira tak? Zira tu kekasih Idz ke? Dah lama ke dia bercinta dengan Zira?",tanyaku panjang.
"Wait. Mana awak kenal Zira?". Soalnya seakan sudah tahu tentang Zira.
"Saya nampak dia sms Idz siap marah marah sebab Idz kahwin dengan saya. Its just like macam dyeorg memang dah bercinta lama".
"Okay macam ni. Awak dah salah faham ni. Saya yakin Idz memang tak ada teman wanita sebelum ni. Dan dia takkan curang belakang awak. Zira ni kawan kiteorg dari MAKTAB . Dia ni syiok kat Idz tapi Idz tak balas cinta dia. Jadi dia macam bertindak di luar kawalan. Dia asyik panggil Idz sayang and desak Idz.Selalu call and sms Idz.Idz pun naik meluat then tak layan dia.", jujurnya. Oh begitu ceritanya. Tapi takkan Idz takada perasaan langsung terhadap Zira. Takkan Idz tak curang belakang aku? Ish tak percayala.
"Look, Sara. Sebagai isteri dia, awak kena percayakan dia. Saya tahu, sebab dia ada luahkan perasaan dia. Dia sedih Sara awak tuduh dia bukan bukan. Dia nak explain tapi awak menolak. Dia buntu tak tahu nak buat apa. Dia serabut sampai mengadu hal ni pada saya.", ujar Syed Izmir panjang. Ya Allah adakah aku bersalah selama ni. Aku dah tuduh benda yang dia tak buat. Mengapa semua ni datang dari aku? Aku selalu buat masalah. Aku selalu membuat dia kecewa dengan sikap aku. Memang benar, aku tidak matang.
"Saya rasa bersalah sangat dekat dia selama ni. Saya dah banyak berdosa. Saya tengking dia saya tinggikan suara. Langsung saya tak hormat dia sebagai suami. Agak agak masih belum terlambat tak", soalku kepada Syed Izmir untuk minta pendapat.
"No, dia masih sayang kan awak. Dia masih tunggu awak and belum terlambat lagi. Pergilah dekat dia, pergi. Dia tunggu awak", ujar Syed Izmir. Ya betul. Masih belum terlambat. Aku harus selesaikan semua ini. Aku tak sanggup hidup aku dipenuhi masalah dan rasa serbasalah!. Aku terus mencari bas untuk pulang ke rumah. Aku yakin Idz sudah tiba di rumah.
         Ku tolak pintu rumah. Idz sudah ada didepanku. Terus aku memeluknya. Rindunya aku terhadapnya suamiku. "Abang! Saya minta maaf. Saya tahu saya salah", tanpa sedar. Air mataku mengalir. Dia juga turut membalas pelukanku. Hangatnya. "Saya dah tahu cerita sebenar. Saya yakin abang takkan curang". Air mata sudah tidak tertahan. Orang yang aku sayang telah berada didalam pelukanku. Ku tatap matanya, indahnya cinta ini.
"Abang maafkan sayang. Dah jum makan, mesti sayang lapar kan", ujarnya sambil tersenyum gembira melihatku. Aku hanya mengangguk dan berlalu bersamanya.
       Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam, aku dan Idz sedang duduk di sofa menonton televisyen."sayang, boleh abang tanya sikit?", tiba tiba Idz memulakan bicara. "Ya? Tanyalah", balasku tenang. Dia menatap mataku. "Mana sayang tahu cerita sebenar fasal Zira  ni?", soalnya seperti ingin tahu.
"Oh.. Aritu masa balik dari sekolah, saya pergi taman rekreasi untuk tenangkan fikiran. Tiba tiba saya terjumpa kawan abang Syed Izmir masa hari pernikahan kita tu. saya panggil la dia and saya tanya dia kenal ke tak Zira ni", ujarku. " then?". "Lepastu dia kata dia kenal, Zira ni perempuan yang syiok kat abang masa kat MAKTAB kan? Lepas itu dia kata abang sedikit pun tak ada perasaan kat dia. Dari situ baru saya tahu hal sebenar", jujurku menceritakan apa yang Syed Izmir beritahuku. Idz hanya mengangguk dan tersenyum melihatku. " tulah abang nak explain tak nak dengar", ujarnya sambil tersenyum nakal.
"Im sorry. Sekarang baru saya tahu yang abang tak ada perempuan lain belakang saya, si Zira tu je yang syiok sendiri!", jawapku dengan nada gurauan. "Tahu takpe. Dah tak usah cakap fasal dia lagi, buat semak je kan", balas Idz. Memang buat semak pun. Aku hanya angguk dan memeluk kembali suamiku Idzham.
        Inilah saat paling bahagia sekali. Baru aku sedar, lelaki yang papa dan mama pilih bukan lah orang yang salah. Idz ialah seorang lelaki yang sempurna bagiku. Dia tidak pernah sekali berkasar denganku. Malah, jika ada masalah. Idz sentiasa menyelesaikan sesuatu dalam keadaan tenang. Bukan seperti aku, cepat sangat melenting. Namun semua tu dah berakhir. Aku dah kembali bahagia disisi suamiku. Aku yakin, segala yang terjadi itu hanya ujian untuk menguji kekuatan cinta aku dan Idz. Dan ternyata cinta kita terlalu kuat. Kerna memang jodoh kita untuk bersama.
 *******
Kugapai telefon, hatiku tergerak untuk menelefon Amira dan Arisya. Aku pantas dimarahi. Aku pantas dihukum. Masakan aku tidak memberitahu hal ini terhadap kawan baikku sendiri? Namun, jika hal ini tidak diselesaikan. Hidupku akan dipenuhi rasa serbesalah. Aku beranikan diri sms Amira dan Arisya.

Aku minta maaf, aku bukan nak rahsiakan hal ni daripada korang. Tapi korang tahu kan hal ini sensitif, aku takut nak bagitahu. Tapi percayalah, bukan aku yang rancang. Papa mama aku terima pinangan cikgu Idz dan suruh aku kahwin. Aku tak mahu kecewakan mereka. Jadi aku harus terima. Kalau kau nak terus marah aku, takpelah. Memang aku salah. Kalau korang nak tahu, aku sayang korang. Demi Allah. Itu je aku nak cakap. Assalamualaikum.

Kemudian, butang hantar ku tekan. 'Hmm agak agak dyeorg maafkan tak. Ya Allah lembutkanlah hati Amira dan Arisya untuk maafkan aku. Semua ni berlaku sekelip mata je.', doaku didalam hati.
      Tak lama kemudian, aku menerima dua sms dari Arisya dan Amira. Menggigil jari hendak membukanya. Pasti mereka tak dapat maafkan aku lagi.

Arisya: aku maafkan kau Sara. Aku faham keadaan kau. Maafkan aku sebab aku marah and tuduh kau bukan bukan tadi. Aku tak boleh kawal perasaan aku. Takpe Sara. Aku dah boleh terima semua ni. Cuma satu aku harap supaya rumahtangga kau dengan cikgu Idz berkekalan. Hehe! :D untung kau dapat dia tau. Dahlah hensem tinggi putih ish! Aku puji lebih lebih pulak. Kang tak pasal pasal kau jealous. Okaylah aku ada hal ni. Bye. Love u too.

Amira: Takpe Sara. Semua ni tuhan yang rancang kan. Dan memang jodoh kau dengan cikgu Idz. Dan aku faham kenapa kau sorokkan hal ini daripada kiteorang. Kalau aku pun, mesti aku buat benda yang sama. Dah, aku maafkan  kau. Tapi janji! Selepas ini tak buat lagi?! Hehe bye . Assalamualaikum. Love u too.
          Alhamdulillah. Terbuka juga hati dyeorg nak maafkan aku. Tak sangka yang dyeorg masih sayang pada aku. Aku pun tersenyum dan dapat tidur dengan lena. Barulah tenang fikiranku.

No comments:

Post a Comment

comment jom!