Sunday, December 27, 2015

I love you, cikgu! Part 9

"Sayang, have a look!". Idz menunjukkan tiket bulan madu ke Paris  kepadaku di pagi ini.
"Wah bestnya, sayang memang suka tempat ni. Dah lama teringin nak pergi. Yang lepas punya honeymoon...". Tak sempat aku habiskan percakapan, Idz sudah meletakkan jari ke bibirku. "Yang lepas tu tak romantic lagi, yang kalini abang janji pasti sayang takkan lupakan sampai bila bila", ujarnya sambil mengenyitkan mata ke arahku. Aduh cair pulak aku. Tak sia sia aku kahwin dengan cikgu aku ni. Walaupun umur kami agak berbeza, tapi dia tetap memikat hatiku!. "Thanks abang! Muah", balasku pendek dan ku hadiahkan kucupan mesta di bibirnya. "Ish ni yang buat abang tak sabar ni". Katanya nakal sambil mengejarku. Berkejar kejaran aku di bilik itu bersamanya. Oh indahnya.
       Lusa kemudian, papa dan mama menghantar aku dan Idz ke KLIA untuk bertolak ke Paris. "Jaga diri baik baik tau. Idz, jaga Sara ni elok elok. Dia ni pantang lepa sikit.", pesan mama kepada Idz. Idz hany mengangguk dan senyum. "Apa mama ni, orang dah besar tau dah nak jadi mak orang dah", jawapku kepada mama. Idz memeluk pinggangku dan tersenyum ke arahku. 'Siaplah Sara abang kerjakan hehe', bisik hati Idz.
"Ha baguslah. Dah , dah nak pukul berapa ni. Pergi cepat nanti terlewat pulak", tiba tiba papa bercakap. Kami pun segera mengangkat bagasi kami yang berisi barang barang keperluan dan terus menyalam kedua tangan orang tua aku dan orang tua suamiku yang hanya berdiri sambil tersenyum. Selepas itu, kami pun berangkat naik ke kapal terbang.
          Berjam-jam sudah berlalu, akhirnya sampai juga ke tempat yang ingin dituju. Udara disini agak sejuk tapi aku tidak terlalu terkejut kerana kami sudah sedia memakai baju yang agak tebal semasa di Malaysia tadi.
Dengan segera kami pergi ke tempat penginapan yang sediakan di dalam pakej honeymoon kerana keletihan. Selepas itu,baru kami memulakan aktiviti berbulan madu.
"Abang, penatlah", ujarku dengan nada manja. Idz tersenyum nakal. "Penat? Ke.... Nak kena ngap ni?". Ah gatal benar suamiku ini. Pantang diberi peluang. Aku hanya melakukan gaya manja yang membuatkan Idz tergoda. Sekelip mata sahaja Idz mendekati tubuhku dan sekaranglah cinta kami berputik.
        Seminggu selepas itu, kami pulang ke Malaysia. Terasa badan ku ingin demam. Kemungkinan terkejut dengan perubahan cuaca disini."Sayang, okay tak". " hmm okay okay", balasku." Kita pergi klinik nak", Idz masih kelihatan risau. Aku hanya menggeleng. Tidak terdaya untuk bercakap. " dah kita pergi klinik juga jangan degil cakap abang", tegas Idz namun masih kedengaran lembut. Aku hanya akur kerna tidak terdaya untuk menolak. 'Prihatin betul dia kat aku', bisik hatiku.
        "Macam mana, dokter?", soalku. Tertanya tanya juga apa yang membuatkan aku tidak bertenaga. " aa sebelum tu, saya nak tanya. Suami puan ada bersama ?", tanya Dokter India itu. "Ada, kenapa?". "Boleh panggil di masuk ke dalam?", pinta dokter India itu. Aku hanya akur dan keluar dari bilik itu untuk memanggil Idz yang sedang duduk di kerusi menunggu.
"Baiklah, sebenarnya niat saya memanggil encik adalah untuk beritahu bahawa Isteri anda mengandung anak pertama!". Syukur Alhamdulillah. Aku hampir terkejut namun inilah perkara paling bahagia. Idz disebelah hanya menadah tangan dan tidak berhenti henti mengucap alhamdullilah. ' ya Allah terima kasih kerana anugerahkan hadiah tak ternilai ini', ucap Idz didalam hati. Aku menangis tanda kegembiraan. "Tahniah tahniah", ucapan Dokter India sebentar tadi.
       Sesudah itu kami pulang ke rumah. "Terima kasih sayang. Inilah saat yang abang tunggu tunggu", ujar Idz lantas memelukku. Tak sabar rasanya hendak memberitahu papa mama dan orang tua Idz. "Terima kasih juga kat abang dan Tuhan sebab dah kurniakan kita rezeki paling berharga ini", balasku.
           "Alhamdullillah", itu sahaja yang keluar dari mulut papa mama dan orang tua Idz. Kami hanya duduk bersama sambil tersenyum. " yeyeay tak lama lagi dapat anak sedara!", jerit adik Su  yang masih lagi tingkatan 3. Haih teruja sungguh adikku Su. Kami hanya tertawa melihat gelagat adik Su.
*****
Pagi ini aku harus ke sekolah, tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan sahabat yang kucintai. Aku ingin memberi kejutan kepada kawanku bahwa aku bakal menerima cahay mata. " sayang dah siap?",soal Idz kepadaku. Aku hanya mengangguk dan terus keluar dari rumah menuju ke kereta. " abang, kawan kawan saya dah tahu fasal kita tau", ujarku yang memecah kesunyian. " oh ya? Bila sayang berterus terang ni? Dyeorg boleh terima tak?", beribu soalannya diajukan kepadaku.
"Mula mula dyeorg tak terima jugak. Tapi akhirnya mereka terima juga", ujarku benar.
"Alhamdulillah, baguslah mereka dah tahu. Dyeorg pun berhak untuk tahu tau sebagai sahabat karib sayang.", nasihatnya kepadaku.
Aku hanya mengangguk mengerti dan meneruskan perjalanan.
        "Fitri! Arisya! Amira!", jeritku dan mengejar mereka lantas memeluk. Ya Allah rindunya aku. Setelah hampir dua minggu tidak berjumpa kerana cuti sekolah. Ketiga tiga kawanku juga turut memelukku. " eh jom pergi dewan, dah pukul 7;30 ni", ajak Arisya dan Amira. Nampaknya mereka sudah dapat menerimaku.
 ******
Lonceng rehat sudah berbunyi, inilah saat yang tepat untuk aku ceritakan hal yang paling gembira ini. " Arisya, Amira, Fitri duduk kat kerusi tu sekejap. Aku nak cakap sesuatu ni", saja aku bagi mereka tertanya-tanya. Mereka kelihatan seperti ingin tahu sekali.
"Ha cer citer cer citer", kata Arisya. Manakala Amira dan Fitri hanya duduk diam dan fokus ke arahku.
"Aku mengandung!", jeritku perlahan. Takut takut pelajar lain dengar habis satu sekolah gossip. " ya Allah, kau tak tipu ke ni", ujar Fitri.
"Alhamdulillah. Untungnya kau muda muda dah kahwin kan", balas Arisya. Amira hanya mengangguk gembira. Aku pula hanya tersenyum riang." Tulah, terdapat awal pula",balasku dengan nada gurau. Amira mencuit ku. " ambuii suka dia. Tahniah Sara. Kita sebagai kawan kau turut gembira!", celah Amira. Alhamdulillah. " eh dahlah jom makan. Kang Sara tak makan kesian baby dalam perut", ajak Arisya. Kami pun pergi ke kantin dan makan bersama sama. Gelak ketawa semua bermula kembali.
*******
SPM lagi sudah hampir, hanya tinggal beberapa hari lagi. Meja belajar ku penuh dengan kertas dan buku buku. Beginilah nasib pelajar ibu SPM. Ish apa aku merepek ni.
"Sayang, nak abang ajar tak", pelawa Idz. Yelah, dia kan guru subjek English. Tapi bukan subjek Englis sahaja dia pandai,subjek lain juga dia mahir!. "Tak apalah bang, saya pun tengah baca buku sejarah ni. Nanti lain masa abang ajar okay", balasku. Idz hanya mengangguk dan sambung menonton televisyen dibawah.
         Sebulan kemudian, pengunguman keputusan SPM akan diadakan. Setibanya aku di sekolah, pelajar pelajar SPM sudah berkumpul di dewan untuk mengambil keputusannya. Manakala guru sedang bersedia untuk menyampaikan senarai pelajar yang mendapat keputusan straight A's.
"Antara pelajar yang mendapat keputusan straight A's ialah.... Sara Idzira! Tahniah kepada Sara Idzira". Ya Allah adakah ini mimpi?. Pelajar sudah memandangkan dan menepuk tangan. Aku menuju ke atas pentas untuk mengambil keputusanku. Ibu bapaku dibawah sudah menangis tanda kegembiraan. Idz juga turut tersenyum gembira terhadap hasil daripada apa yang aku belajar ini. Ini sahaja yang aku mampu mengembirakan hati papa dan mama. Terima kasih ya Allah.
      Amira juga mendapat keputusan sama sepertiku manakala Fitri dan Arisya hanya kurang 1 A . Namun ia pasti membuatkan ibu bapa berasa bangga atas kecemerlangan anaknya. Alhamdulillah! . Sejurus itu aku terus berjumpa papa mama dan Idz yang menungguku di satu sudut dewan itu.
"Tahniah sayang", ucap mama lalu menghadiahkan satu kucupan di dahiku. Papa hanya mengangguk tanda gembira.aku terus memeluk papa dan mama. "Ini saja Sara mampu untuk bahagiakan papa mama.", balasku. "Ini pun sudah cukup nak. ", balas mama yang masih bersisa tangisan." Dah pergi dekat Idz, dia tunggu kamu tu", papa mulakan bicara. Aku pun menuju ke Idz yang berada tidak jauh dari papa dan mama.
"Tahniah sayang, abang tahu isteri abang ni pandai orangnya.", ujar Idz. Aku hanya tersenyum."alhamdulillah bang, berkat abang juga ajar Sara semua ni", balasku jujur. Idz hanya tersenyum gembira dan menatap mataku. Ingin saja aku peluknya tapi aku masih waras. Ini di sekolah, apa pula kata orang.

No comments:

Post a Comment

comment jom!