Friday, December 25, 2015

I love you, cikgu! Part 3

Kok kok kok!! . Bunyi ayam berkokok sudah berbunyi. Inilah alarm ku setiap pagi. Tak payah susah susah set di telefon. Alarm semulajadi sudsh berjaya membuat aku tersedar. Kulihat jam didinding bilikku baru pukul 5:30 pagi. Segara aku bangun menuju kebilik air mengambil wuduk untuk solat subuh bersama ahli keluargaku. Memang begini rutin harian kami setiap pagi. Alhamdulillah atas didikan Papa kami tentang agama bahwa papa amat mementingkan solat yang cukup . Dan jika ada masa lapang kami sekeluarga akan solat berjemaah. Selepas selesai solat, mama sudah sibuk didapur menyediakan sarapan. Tak lain tak bukan mesti nasi goreng. Walaupun kerap makan nasi goreng buatan mama tp kami tidak pernah jemu. Masakan ibu tetap masakan no 1 didunia.
     Selesai sahaja sarapan pagi, ku gapai tuala dan mandi bersiap untuk pergi ke sekolah. Ye tak ya! Mesti aku akan selisih dengan cikgu Idz. Ah bukan tahap selisih je, depan depan agaknya. Manakan tidak, cikgu Idz kan guru bahasa english. Kalau harini pembelajaran sudah bermula, confirm! Dia akan masuk mengajar kelas aku. Ah sudah! Pagi2 dah fikir cikgu Idz . Angau ke apa aku ni? Siap juga akhirnya, berbaju kurung putih, kain biru tua , kasut sekolah yang putih, beginilah aku. Aku paling tidak suka selekeh ke sekolah. Aku amat mementingkan kekemasan dan kebersihan.
    Papa sudah start enjin keretanya, tergesa2 aku memakai kasut sekolah dan masuk ke dalam kereta. Nasib masih tidak lewat. Baru pukul 6:50 manakalah perhimpunan bermula 7:30.  10 minit berlalu aku sudah sampai ke perkarangan sekolah. Aku salam tangan papa dan terus keluar masuk ke sekolah. Nampaknya sudah ramai pelajar datang tapi masih belum terlewat.
    Terus aku menuju ke port yg kawan kawanku sukai. Iaitu di satu sudut belakang meja kantin. Disitulah tempat aku dan kawanku berborak, makan dan lepak. Tanpa lengah aku menuju ke mereka.
"Goodmorning Sara!", ucapan Amira, Arisya dan fitri kepadaku. Bersemangat sungguh mereka.
"Goodmorning Amira, Arisya dan Fitri kesayanganku", balasku.
"Wahh segaknya kau. Berseri seri", usik Fitri.
" hahaha well, this is Sara okay", saja mahu berlagak sedikit. Mereka hanya tergelak. Jam sudah menujukkan 7:30. Perhimpunan mahu bermula. Kami pun bersama sama menuju ke Dewan 1 Wawasan.
     "Assalamualikum. Selamat pagi dan selamat sejahtera murid murid", ucap guru Besar Sekolah Seri Melati.
" waalaikumsalam, selamat pagi dan selamat sejahtera cikgu!", jawab semua murid satu sekolah ini dengan semangatnya.
" baiklah murid murid, perhimpunan kali ini akan diringkaskan kerana pembelajaran akan bermula sebentar lagi. Jadi tanpa membuang masa saya disini ingin memperkenalkan guru baharu yang akan mengajar murid tingkatan 5 subjek english iaitu Cikgu Idzham Iskandar", kata Guru Besar sambil menunding jari ke arah cikgu Idz yang sudah pun berdiri agar  pelajar pelajar nampak akan beliau.
     Semua pelajar tepuk tangan bagi penghormatan dan kemasukan cikgu Idz. Sesudah semua pelajar masuk ke kelas. Ketua kelas kami member jadual waktu belajar kepada kami semua. Apabila aku meneliti, jadual hari Isnin. Subjek pertama ialah.... What?! Subjek english?! Aduhh harap harap la dia tak masuk.
"goodmorning class", suara cikgu Idz . Sangkaan kau meleset Sara. Masakan cikgu tidak masuk . Padahal guru besar sudah memberitahu bahwa pembelajaran akan bermula hari ini.
"goodmorning teacher"
"Okay you can sit down"
Kedengaran smua pelajar berbisik2 dan bercerita tentang cikgu Idz . Mereka memuji akan ketampanam yg dimiliku cikgu Idz. Ya memang tak dinafikan cikgu Idz memiliki personaliti yang sempurna tp sbg guru aku ttp harus menghormatinya. Aku berkata didalam hati.
      " excuse me, Sara. Hello? Are you hear me?" Ya Allah aku sedang termenung ke? Malunyaa... Semua rakan kelasku memerhatikanku. Fitri disebelah mencuitku. " kau berangan ke Sara?", soal Fitri. Aku hanya diam membisu. " Sara please focus in my class okay", nasihay cikgu Idz. " er I'm sorry teacher I won't do it again", ujarku.
" it's okay. You can sit now", kata cikgu Idz dengan wajah tegasnya namun masih kelihatan tenang.
Aduh apa yg aku dah buat ni? Baru start belajar dah buat hal. Tula berangan lagi.
    "Ok thank you class"
"Thank you teacher". Fuhh tamat pun kelas. "Sara, boleh saya berjumpa awak sekejap di bilik guru? Saya tunggu awak ", kata cikgu Idz. Alamak kan td aku dah minta maaf. Dia nak denda aku ke?
"Ish Sara, kenapa dia panggil kau?", soal Fitri. Manakala Amira dan Arisya hanya mendengar.
" aduh manalah aku tahu. Dia nak denda aku kot takpun nk ceramah", agak aku.
" tak mungkinlah dia xnampak marah pun", jawap Fitri. Arisya hanya mengangguk.
" ah lantaklah, nak tak nak aku kena jgk jumpa dia ni. Okayla aku pergi dulu", balasku pendek dan terus meninggalkan mereka.
     "Sara, apa yang awak termenungkan tadi? Fikir saya eaa ?", kata cikgu Idz dengan suara nakalnya. Dia ni nak mengusik aku ke apa.
" eh takdelah.. Err saya cume err fikir kan......"
" pasal perbualan saya dan family awak semalam?". Dush! Amek kau! Boleh pulak dia tahu apa yang kau fikirkan. Aku hanya menunduk kebawah. Malu kot.
"Alolo merahnya pipi", usik cikgu Idz .
"Huh?", jawapku sambil menutup pipi.
"Okay okay saya mintak maaf. Pasal hal semalam saya harap awak dapat terima. Saya ikhlas nak memperisterikan awak"
"Tapi cikgu saya kan masih muda. Saya tak pro memasak saya tak....."
"Ushhhhh, saya terima awak seadanya", kata cikgu Idz sambil senyum tenang.
Ya Allah adakah dia jodoh aku?
"Aaa okaylah cikgu saya balik kelas dulu ea lagipun kelas matematik hampir bermula", saja aku mahu lari drpd cikgu Idz.
" hehe malu la tu.okok, jaga diri my future wife", sambil kenyit mata.
Aku blushing sungguh. Ish dya ni kalau ye pun nak nakal nakal tunggula lepas kawin.
       Dengan pantas aku keluar dari biliknya dan menuju ke kelas. Rakan rakanku sudah menunggu aku dan dari riak muka mereka pasti meraka ingin tahu apa yg cikgu Idz cakap dkt aku.
" hah Sara ceritalah! Tak sabar ni!", ujar ketiga tiga kawanku.
"Ish tak ada apalah dia cuma cakap jgn berangan lagi kalau tak dia denda aku",bohongku.
"waduh garang jugak ea cikgu tu. ah takpe janji hensem", kata Arisya. Nampaknya mereka tidak syak apa apa. Huh legaaa..
 


P/s: sambung part 4 ya!

I love you, cikgu! Part 2

"huh penatnya", keluhku sambil melempar beg sekolahku ke atas katil. Terus aku baring. Tiba tiba..
" eh, amboi anak dara ni balik sekolah je terus tidur dgn tak mandinya.", kedengaran suara mamaku yg tercinta.
"Hehehe japgilah ma, penat tau."
"Penat sgt ke kat sekolah tu. bukan belajar pun kan?", soal mamaku.
"Mcm tahu tahu je xbelajar. Aah ma, cikgu tak masuk lagi", jawapku jujur.
"Firstday memang mcmtu. Anak kawan papa pun cakap td tak mengajar lagi. Dia pun guru jgk.. Err okaylah mama banyak lagi kerja nk kena buat.", jawap mama sambil berlalu pergi.
Anak kawan papa? Guru jugak? " eh ma siapa tu ma", soalku kepada mama yang kelibatnya hampir hilang. Sunyi. Soalanku tidak dijawap. Mama ni buat suspen je. Siapa la agaknya. Hati ku berkata kata. Ahh! Buat apa pusing2 fikir benda tu. baik aku mandi pastu makan.
        " Idz berbual dgn anak pakcik. Ya Sara la namanya. Ye ye betulah tu orangnya. Dia mmg budak sains.." , kedengan perbualan papa di telefon. Seperti papa sedang telefon seseorang. Siapa tu? Kenapa nama nya sama dgn cikgu baru lelaki yg kat sekolah tu. berbual dengan aku?.. Sah!! Cikgu Idz la yang papa sedang call. Tapi mcm mana dia kenal cikgu Idz tu? Entah entah dyelah anak kawan papa yang mama cakapkan td. Ya Allah! Kebetulan apakah ini?
        "Sara! Buatkan air ada tetamu datang ni.", suara mama dari ruang tamu memanggilku. Aduhh siapa pula datang malam malam ni. Kacau je orang nak baca buku. Tanpa berlengah aku terus capai tudung dan kedapur untuk membancuh teh untuk dihidang pada tetamu. Aku masih tidak nampak siap tetamu nya kerana ruang tamu rumahku agak terlindung dari bilikku. Apabila air teh panas sudah siap dibancuh. Aku pun menuju ke ruang tamu. Ya Allah?! " cikgu Idz?!", jeritku perlahan. Sambil meletakkan air teh panas ke atas meja.
" ya, saya", jawap cikgu Idz sambil tersenyum. Aduh apa pula hajat dia datang ke rumah aku malam malam ni? Nasib aku pakai tudung kalau tak segan aku. Sebab selalu nya aku agak malas untuk mencapai tudung bila tetamu datang. Sebab selalunya yang datang kawan kerja papa yang tua tua takpun saudara mara, takdelah malu sangat.
" eh jemputlah minum Idz. Ha kenalkan anak pakcik Sara, eh lupa dah kenal", gurau papa.
Aku hanya memerhati Idz yang tersenyum. Ish!
" okaylah pa ma cikgu Idz, Sara masuk bilik dulu nak baca buku." , ujarku. Segan. Malu .
Papa mama dan Cikgu Idz hanya tersenyum dan mengangguk. Sedang aku menuju kebilik kedengaran rancak sekali mereka berbual. Apa yang mereka bualkan? Pasal aku ke? Ish takla mcm kau tu artis je Sara sampai topik kau yg dyeorg nak bualkan. Ish! Tapi aku masih nak tahu. Dengan perlahan aku berjalan ke satu sudut untuk mendengar perbualan mereka. Aku bawa buku ku sekali agak tiada siapa2 syak jika ternampakku begini. Sedang asyik memasang telinga. " ha! Akak buat apa tu?", tegur adikku yang amat suka mengusikku.
" er tengah baca buku ni", jawapku pantas.
" eleh selalunya akak baca kat bilik . Ni kenapa kat sini. Tak pernah pernah dibuat akak", soal adikku. Curiga betul dia terhadapku.
" kat bilik panas, saja sesekali keluar skjp tak adalah bahang sgt. Xboleh ke? Dah pergi bilik sana buat homewrok sebok je", marahku. Sibuk betul . Terlepas aku mendengar perbualan mereka.
" yela yela", adikku menjawab sambil berlalu ke biliknya. Fuhh lega.. Apalagi, aku pun pasang telinga.
"Kalau boleh tunggu Sara habiskan SPM dia. Lepastu buatla apa yang patut." Suara papa.
Wait wait... Apa ni. Tunggu lepas aku habis SPM. Buat apa yang patut? Apa yang patutnya? Takkan cikgu Idz nak suggest tempat aku belajar nanti kot? Eh impossible. Tapi tak mustahil jgk yelah dia kan cikgu mesti dia tahu tempat tempat begitu yg bagus.
Kedengaran suara gelak cikgu Idz. ambui gembira nampak. Ish tak boleh jadi ni. Aku harus tahu cerita sebenar.
"Saya tak kisah pakcik bila pun. Tapi lagi awal lagi bagus boleh saya mendidik Sara . Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya", suara cikgu Idz. Ish dyeorg ni nak berkias kias pulak. Cakap straight to thr point kan senang. " alhamdulillah pakcik harap Idz dapat menerima Sara sebagai isteri seadanya. Didik la dia dengan agama dan kasih sayang. Sara tu muda lagi memang tak dinafikan dia tak arif sangat dalam hal hal dapur dan rumah tangga. Harap Idz sudi mengajarnya dan memberi masa untuk Sara belajar", kata papa panjang sekali.
Seriously?! Cikgu Idz nak jdikan aku isteri dia?! Pengsan.... Tak mungkin tak mungkin. Takkan dia baru kenal aku dah nak jadikan isteri? Aku kan muda lagi? Alamakk aku tak ready lah. Dye ni biar betul buang tebiat ke?
      " okaylah pakcik Idz balik dulu, dah malam ni kang mengganggu pakcik sekeluarga pulak"
Suara Idz . Rasanya dia hendak pulang.
" eh takla ganggu. Lagipun kita kan nak jadi satu keluarga", kata papa.
Sah!! Memang papa nak satukan aku dengan cikgu Idz.
" baiklah, assalamuaalaikum"
"Waalaikumsalam" . Kedengaran enjin kereta cikgu Idz , mesti dia sudah keluar. Ah lega. Aku harus tanya ibu bapa aku. Eh? Kalau salah dengar macam mana? Hmm tak pelah, biar mereka dulu memulakan topik.
        Dengan perasaan sangsi aku pun menuju ke bilik. Tak boleh tidur aku satu malam. Mana nya boleh tidur kalau kepala penuh tanda tanya. Takut. Risau pun ada. Campur baur perasaanku. Kenapa harus aku? Aku muda lagi. Jauh lagi perjalanan aku. 'Eleh kau sebenarnya suka dekat cikgu Idz kan?'
' ish mana boleh. Dia tu kan cikgu kau' . Aku bermonolog sendiri. Ish! Boleh gila kalau tiap hari begini. Sudahlah. Aku terus menutup lampu dan masuk tidur. Kalau mahu difikirkan sampai esok pun tidak habis.
       
P/s: sambung lagi part 3 japgi ye! Jangan tak sambung baca hehehe



I love you, Cikgu! Part 1

Hari ini adlah hari pertame aku jejakkan kaki di sekolah untuk tingkatan 5. Sekolah Seri Melati sekolah yang  kucintai yang kurindui. Disinilah tempat aku menuntut ilmu dan saling membahagi kasih bersama sahabat yang kucintai iaitu Amira, Arisya dan Fitri. Rindu sekali untuk menatap wajah wajah mereka. Aku ingin mencari kelibat mereka. tapi tak nampak pun. Ah tanpa buang masa  aku berjalan untuk mencari ... ' Auch!', siapa pula yang langgar aku ni?! Pusing kepala aku terhantuk. Dengan pusing aku mendongak kepala. Eh? Siapa ni? Gaya macam cikgu kat sekolah  ni. Hensem... Putih tinggi omg. Eh tak mungkin lah sebab setahu aku sekolah aku ni terkena sumpahan mmg takkan ada punya guru lelaki hensem masuk. '' awak  okey tak?' Lelaki itu memulakan bicara. Wah hensem jugak. Ish apalah kau ni Sara! Berangan je. " err err okay okay", kataku.
"Awak ni pelajar tingkatan 5 ea", tanya lelaki itu.
" ya. Kelas 5 st", jawabku.
" fuhh budak sains"
"Er biase je. Okayla sye nk cari kwn2 sye bye!", tanpa buang mase aku pun meluru lari mencari kawan kawanku. Lelaki itu hanya mengangkat kening dan terus berjalan.
        " weyh Sara! Kau pergi mana ha?", Fitri, Amira dan Arisya menepuk bahuku. " astaghfirullahalazim terkejut tahu tak? Hishh" marahku. Siapa sahaja tidak terkjut apabila dibuat sedemikian. " aku dari dewan cari korang tak jumpa pun."
" eh kiteorg ada je kt kantin ni borak2. Kiteorg cari jugak kau entah kemana", jawab Fitri.
"Ohh pergi jauh sgt tu kenapa? "
" eh kau ni Sara dia yang sesat nak marah kite pulak", kata Arisya. Amira hanya mendiamkan diri sambil melihat kami bertengkar hal kecil. Haihhh
"K lah aku pergi tandas jap. Nanti jumpe kat kelas ",ujarku.
          Apalagi, berlarilah aku ke tandas. Mana kan tidak dari tadi aku menahan. Tandas pula terletak jauh di blok A berhadapan kelas tingkatan 5. 'aduhh  kenapela sekolah ni tak buat tandas dekat sikit? Takdelah terkucil aku ni haa'  bebelku.
         Selepas siap semuanya. Aku pun pergi ke kelasku yang tidak jauh dark situ. Saje nak melihat kedudukan meja yang terkini disusun. Sedang aku berjalan sambil memerhati kelas. Aku ditegur oleh seseorang. Sepertiny suara lelaki. Siapa pulakkk...
" haa buat apa tu sorang2".. Aku pun toleh kebelakang.
" eh awak yg tadi kan? Erm buat apa kat sini?", soalku. Pelik betul dia ni. Apa pangkat dia kat sekolah ni. Yelah dari tadi dye ada kat sekolah ni? Ermm pelawat kot takpun orang muda sengaja masuk k. Eh boleh pulak gitu.
"Laa tak bolehke saya pusing2 sekolah ni. Lagipun saya guru kelas tingkatan 5 . Saya mengajar subjek English.", kata lelaki itu. What?! Dia ni cikgu?! Aduhh malunya. Aku panggil dia awak patutnya panggil cikgu. Ishh malunya...
" er cikgu ni cikgu la ye? Erm cikgu baru ye? Sorry saya tak tahu", jawapku sambil menahan malu yang tidak tertahan.
" eh takpe takpe awak tak salah pun. Ha okay saya kenalkan diri saye. Nama saya Idzham Iskandar. Awak boleh panggil cikgu Idz je okay? Saya ni dari Kuala Lumpur. Saya pindah sini sebab saya pilih untuk masuk sekolah ni. Katenya sekolah ni kekurangan guru.", ujarnya yg panjang.
" ohh baiklah. Erm memang betul tapi kenapa cikgu yang nak masuk sinieh? Sdgkan kat Batu Pahat ni ramai  lagi sekolah." , kataku heran.
" erm memang tapi kebetulan saya nk pindah Batu Pahat. Saya cuba jelah untuk mengajar di sekolah ni. Dapat pula kebetulan kan."
"Ohh ", ujarku pendek.
" eh awak tak kenalkan lagi diri awak. Nama siapa? Memang asal sini ye?"
" Nama saya Sara Idzara. Yep asal sini"
"Cantik nama mcm orgnya.. Okaylah nampaknya saya kena pergi jumpa pengetua ni. Dye nak jumpa saya . Ada waktu lagi kite berborak ye . Assalamualaikum", katanya sambil berlalu pergi.aku hanya  senyum dan menjawab salamnya dengan perlahan. " waalaikumsalam".
        "Weyh Sara! Kiteorg ada gossip terhangat ni! Kau nak tahu tak, sekolah kita ada cikgu baru masuk. Omg! Hensem.. Tinggi putih badan pun boleh tahan. Katanya cikgu English kite", jerit Arisya. Teruja betul bunyinya. Haih Arisya memang begini. Pantang nampak lelaki perfect je dah terkinja2. Nasib kawan aku.
" oh yeke.", jawapku perlahan. Sengaja aku tidak mahu nampak seperti teruja. Takut kantoi yang aku memang dan kenal cikgu tu terlebih dahulu.
" eh kau ni balas tu je kemain aku cakap panjang2", merajuk Arisya.
" habis tu kau nak aku jawap apa? Isy dye ni drpd aku layan korang ni baik aku pergi kelas baca buku lagii baik", saje aku melarikan diri drpd perbualan mereka yang agak over.
" buku buku buku. Makan jelah buku tu Sara!", kata Amira. Eh dah bunyi pulak mulutnya. Aku tersenyum sambil berlalu pergi. Manakala Fitri mengikut aku ke kelas. Sahabat tercinta.
         " Sara, tadi kau nampak tak berminat je bila kiteorg cakap pasal cikgu Hensem tu. kau kenal dia ke?", soal Fitri kepadaku. Ish dia ni curiga pulak dekat aku. Aku terus menjawab soalan nya takut takut suspicious dia kat aku.
" eh takdelah aku cuma takda mood je. Faham faham jela aku macam mana", bohongku.
" hahaha ohh. Erm takyah cakap faham. Dah masak dengan perangai kau"
" kalau dah masak dgn perangai aku knpe kau suspicious kat aku ni", tanyaku. Saja nak ambil kepastian.
" aku cuma ingin tahu je. Yela mula2 kau okay lepas tu muke kelat je. Ingat ada pape rupnya aku salah tangkap je. Jawab Fitri sambil senyum.
" ish merepek la. Cikgu tak masuk ke ? Bising betul kelas ni kalau cikgu tak masuk"
"Tulah firstday sekolah mmg cikgu cikgu busy kot. Alah mcm xbiasa. Amira dengan Arisya pun selamber je lepak lepak dekat luar tu."
" ha tulah dyeorg memang begitu. Haihla kawann"
         Pejam celik pejam celik. Lonceng telah pun berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Berlari pelajar tidak sabar untul pulang. Sedangkan aku baru shj mahu mengemas beg sekolahku ini. " cepatlah Sara!", jerit Fitri. " ye sabar". Siap akhirnya lalu aku pun keluar kelas bersama Fitri. Amira dan Arisya dah keluar dulu agaknya.
       

          Sambung lagi ya! Nanti Awin update untuk part 2 okayyy. Bye thanks baca muah